Sulit
4 tahun
Cyst di payudara sebelah kanan
Saya wanita lingkungan 20 an…saya kerap rasa berdenyut di payu dara saya.saya ada buat scan di hospital sungai buloh.result scan tersebut payudara saya sebelah kanan ada cyst 4cm.doktor tersebut kata hanya cyst biasa sahaja.saya takut sebab saya mempunyai keturunan kanser.saya cuma nak double confirm betul ke cyst yang ada di payu dara saya ni adalah cyst biasa sahaja.tq.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cyst payudara adalah merupakan kantung yang berisi cairan. Ia bukanlah hal yang merbahaya memandangkan cyst ini tidak akan berkembang menjadi kanser. Pemeriksaan imaging seperti ultrasound dapat membezakan benjolan payudara yang berisi cairan (bukan kanser) dengan yang keras yang mungkin perlu diperiksa lanjut.
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.