Sulit
4 tahun
Dada rasa berat bila bernafas & hidung rasa tersumbat/ketat
Hi doktor, saya rasa sejak kebelakangan ni agak sukar untuk saya bernafas seperti normal. saya sudah tak selsema dan jarang sekali batuk. saya jatuh demam pada 13/3 namun 2 hari selepas itu keadaan saya kembali baik seperti biasa. cumanya hidung saya tidak hilang dari rasa tersumbat atau ketat. walaupun saya sudah tidak lg selsema atau berkahak. dan sekarang apabila saya bernafas saya merasakan dada terasa berat. bagaimanakah saya ingin menghilangkan rasa tersumbat dan ketat hidung ini? saya rasa tidak selesa apabila bernafas. harap doktor dapat membantu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Hidung tersumbat boleh membawa gejala seperti kesukaran bernafas. Berdasarkan keterangan yang berikan, gejala hidung tersumbat boleh disebabkan:
- Ketumbuhan polip didalam hidung
- Resdung (alahan pada debu dan lain-lain)
- Selsema
- Benda-asing dalam hidung
- Bengkokan struktur dalaman hidung
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan anda, anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terima kasih.