Sulit
2 tahun
Dada rasa berat Dan hidung tersumbat
Hi doktor, saya wanita berusia 24 thn, sejak kebelakangan ini bahagian tengah dada saya atas daripada payudara rasa seperti di tekan, bersafas pun kadang kadang tak puas. Kalau nak tidur malam pun kadang kadang hidung tersumbat walaupun saya tak selsema. Selera makan saya tiada masalah. Adakah saya harus berjumpa dengan doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kesukaran bernafas dan dada yang rasa berat di bahagian atas payudara. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada simptom yang anda sedang mengalami seperti:
Jangkitan COVID-19
Asthma
Bronchitis
Masalah dengan pengaliran darah
Anda boleh membuat COVID test di rumah untuk memastikan anda tidak ada jangkitan COVID-19. Anda boleh membeli “test-kit” di link disediakan di bawah.
Anda juga boleh menghubungi doktor dan doktor pakar kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima Kasih.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih mengalami masalah batuk/sakit dada/batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!