Sulit
3 tahun
Darah coklat hanya ada pada waktu kencing dan bila lap pada tisu
Saya wanita berumur 26 tahun dan belum berkahwin. Tarikh akhir period saya adalah pada 26/12 yang lalu, pada 5/1 saya dapati terdapat darah coklat seakan2 keputihan namun pada kuantiti yang sedikit, darah coklat itu ada jika ada lap pada tisu atau jika saya sedang kencing. Boleh Dr berikan penjelasan ?
Terima kasih …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Darah dalam air kencing mempunyai banyak sebab. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.