Sulit
3 tahun
Darah dan lendir koko keluar selama beberapa jam
saya wanita berumur 23tahun ingin bertanya . jangkaan period saya ialah semalam . dan petang semalam ada sedikit lendiran koko bercampur darah keluar sedikit dan berhenti. Tetapi hari ini ada sedikit darah berwarna merah pekat kehitaman mengalir . saya juga ada merasa kejang di bahagian bawah perut … ada kah petanda rahim saya tidak baik ?
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Kami menghargai anda bertanya kepada kami walaupun soalan anda itu berunsur peribadi dan sensitif.
Untuk makluman anda, pendarahan coklat selepas haid menunjukkan aliran darah yang perlahan. Darah yang sepatutnya merah teroksida dan menjadi warna yang lebih gelap. Oleh itu, ia merupakan perkara yang biasa dan tidak perlu dibimbangkan. Namun, kenyataan ini cuma berdasarkan keterangan ringkas yang anda berikan. Sebagai info tambahan, punca boleh berlakunya pendarahan sedikit adalah seperti:
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan yang berlebihan atau kurang
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami memahami kebimbangan anda tentang lendiran koko bercampur darah keluar sedikit dan berhenti. Kami juga memerlukan maklumat tambahan tentang kekejangan pada bahagian bawah perut yang anda alami supaya kami dapat membuat rumusan yang tepat.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid sedikit? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!