Sulit
3 tahun
Darah kerap keluar melalui hidung dan kahak berdarah
Anak perempuan saya berusia 10 tahun kerap menghadapi masalah darah keluar melalui hidung dan kahak berdarah. Adakah masalah ini disebabkan saluran darah atau faktor vitamin dalam badan. Adakah berpunca dari penggunaan air cond sepanjang malam atau faktor pendedahan cuaca panas. Dia juga tidak melibatkan diri dalam aktiviti sukan sekolah. Adakah MRI perlu dibuat. Saya juga semakin risau memandangkan dia juga kerap lapar. Apakah masalah yang anak perempuan saya hadapi.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cara menangani hidung berdarah dalam kanak-kanak adalah seperti berikut:
- Duduk atau berdiri
- Jangan dongakkan kepala tetapi tundukkan kepala ke hadapan dan picit hidung anak anda di bawah bahagian tulang hidung. Langkah ini akan membantu menghentikan pendarahan dalam masa 10 minit sekiranya anda terus mengaplikasikan tekanan di bahagian hidung yang telah dinyatakan.
- Ambil tisu atau kain yang lembap untuk mengelap darah yang terkeluar
- Jangan hembus hidung anda
Sekiranya anda mendongakkan kepala anda anda, darah ini boleh mengalir ke dalam kerongkongnya lalu menyebabkan anak anda batuk atau tercekik. Anda perlu berjumpa doktor apabila langkah yang disarankan di atas tidak berkesan walaupun setelah 2 kali cubaan. Elakkan mengangkat berat atau aktiviti yang menyebabkan anak anda meneran.
Hidung berdarah adalah sangat lazim dan boleh mempunyai beberapa punca:
- Udara kering
- Selsema
- Trauma pada hidung akibat menghembus hidung terlalu kuat atau kerana mengorek hidung
- Pengambilan ubat alahan
- Jangkitan resdung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.