Sulit
3 tahun
Darah lokia/darah nifas selepas beranak
Saya beranak dah 12 hari,darah dah nak kering tapi hari ni darah merah keluar banyak balik tapi tak penuh pad .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, cecair tersebut dikenali sebagai lochia. Selepas wanita bersalin, pendarahan akan berlaku dalam tempoh 6 minggu. Pendarahan tersebut akan berkurangan sehingga menjadi cecair berwarna coklat. Lama kelamaan, ia boleh beubah menjadi cecair berwarna putih/ kekuningan yang tidak berbau.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Anda masih risau tentang keadaan yang berlaku? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!