Sulit
3 tahun
Demam Berterusan selama 7 hari
Selamat Pagi, saya lelaki 27 tahun. Pada masa kini saya telah demam selama 7 hari berterusan. Apa yanh merisaukan saya adalah deria rasa dan bau saya mulai hilang. Setelah sata meneliti gejala covid19, saya mengetahui bahawa hipang deria rasa dan bau merupakan salah satu gejalanya. Akan tetapi saya tidak merasa lesu mahupun mempunyai masalah pernafasan. Apa yg saya rasa adalah kesejukan sepanjang hari sahaja. Mohon pendapat dan pandangan doktor apa yang patut saya lakukan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana keluhan demam adalah bersifat subjektif selagi anda tidak memeriksakan diri dengan termometer dan menyatakan suhu tubuh anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun, demam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
- demam denggi
- viral
- penyakit tuberkulosis
- Malaria
- Kencing tikus
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Keterangan ini ialah jawapan secara am.