Sulit
4 tahun
Demam, hidung tersumbat. Tanpa batuk selesema
Saya baru sahaja dpt results PCR COVID19 negatif, selepas seminggu berteka-teki kerana saya tiada contact/travel tapi ada 2 simtom : DEMAM ringan & HIDUNG TERSUMBAT (so sedikit sesak nafas). Sudah selesai antibiotik 5 hari tapi simtom masih ada (walaupun tidak meneruk). Tiada batuk, sakit tekak, atau selsema. Apakah kemungkinan diagnosis saya ini? Jika bukan covid. Tqvm
4 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Bagi masalah demam dan hidung tersumbat berterusan, ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- jangkitan virus influenza
- allergic rhinitis
- radang sinus/ jangkitan kuman pada sinus
- common cold
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.