mirahkhair
4 tahun
Demam, muntah dan pening kepala selama 3 hari
Kebelakangan ini anak saya yang berumur 8 tahun sering mengadu pening Kepala. Dia ada demam dan muntah 3hari lepas. Apa yang perlu saya buat. Keadaan ini juga menyebabkan dia hilang selera makan. Demam juga tiba tiba
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan gastrousus
- Jangkitan saluran kencing
- Denggi
- Leptospirosis
- Appendicitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.