Sulit
2 tahun
Demam on off dan demam panas
saya wanita 20 an…sering demam on off,sesak nafas sampai satu badan tak rasa ,tanda tanda macam lebam, sakit tulang, cepat penat walaupun tak buat kerjaa…apalagi nak tidur emm …kenapa yaa doc?? tolong saya doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit autoimun atau penyakit tisu penghubung
- Jangkitan seperti batuk kering (TB) atau lain
- Penyakit kelenjar (ketidakseimbangan hormon)
- Penyakit darah
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Perubatan.