Sulit
3 tahun
Demam on off lbih 2minngu
Saya beumr 32thn…sy dh demam on off lebih 2minggu…sy dh pergi kk Dan ambik sample darah…doc ckap Ada jangkitan bacteria…sy dh mkn habis antibiotik Dan paracetamol tpi still demam on off lagi…adakah saya mengalami penyakit lain doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah diajukan. Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan demam berpanjangan seperti:
- Demam tifoid
- Demam denggi
- Demam malaria
- Demam chikungunya
- Penyakit tibi
- Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
- Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor swasta atau di KK. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.