Sulit
4 tahun
Demam sahaja..tak ade batuk ataupun selsema,sakit tekak ataupun sesak nafas
Sya berumur 27 tahun…sya start demam hari semalam…tapi sya tak ade batuk ataupun selsema sakit tekak ataupun sesak nafas…cuma deria rase kurg dan ade lenguh2 bdan sedikit…sya x pernah ade trip ke oversea dlam mase terdekat ni…trima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman pihak anda, demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Demam viral
- Jangkitan di sistem pernafasan
- Jangkitan saluran kencing
- Benjolan nanah
- Jangkitan usus
- Demam denggi
- Leptospirosis
Namun, untuk memeriksa risiko anda, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.