Sulit
2 tahun
Demam terasa masih sama
Hai dokter,saya seorang remaja berumur 19 tahun.Saya demam dan dah makan ubat yang dibeli dari farmasi.Tapi rasa demam masih sama dan tiada perubahan.Sudah hari ke-3 tapi masih sama saja.Kalau nak tidur malam mesti saya rasa tak selesa.Dan badan pun rasa kadang-kadang lemah.Adakah perlu saya datang ke klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan?
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu demam berpanjangan. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala demam berpanjangan boleh menandakan berlakunya jangkitan kuman pada tubuh, dan punca - punca lain seperti :
- jangkitan virus (i.e. covid19, denggi, dll)
- jangkitan bakteria (i.e. tifoid, dll.)
- jangkitan parasit (i.e. cacingan, dll)
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.