Sulit
2 tahun
Deman, batuk, penurunan berat badan
Saya mengalami deman selama 4 hr dan batuk berkahak putih n hijau selepas 4 hr demam saya sudah ok dalam tempoh deman saya dalam tempoh period 5 minggu n dan saya mengalami penurunan badan 10kg apa kah saya dijangkitk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda mengalami masalah demam selama 4 hari, batuk berkahak dan penurunan berat badan. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya, gejala demam ini boleh disebabkan oleh pelbagai penjelasan, antaranya:
- Sistem kekebalan tubuh sedang berusaha melawan jangkitan kuman
- Ketidakseimbangan elektrolit ( electrolyte imbalance ) di dalam badan disebabkan oleh dehidrasi
- Tubuh badan yang terlalu penat atau kekurangan rehat
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi kesihatan yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , seperti:
- Tanda-tanda awal jangkitan COVID-19
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser -biasanya ditambah dengan gejala penurunan berat badan
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.