Sulit
3 tahun
Denyutan terasa dibahagian tengah antara kening dan mata ,dan rasa kebas di hidung seperti hidung terasa jatuh dan tertekan
Saya remaja dan pelajar umur 19thun,dan saya mengalami denyutan ditengah antara mata dan kening.saya juga merasakan hidung dan tulang hidung saya berasa kebas,tegang dan tertekan sehingga hujung hidung selama 3hari berturut ii terasa macam hidung jatuh.adakah normal rasa seperti ini atau terdapat penyakit berbahaya?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan oleh perkara berikut:
- Radang sinus
- Migrain
- Trauma
- Masalah saluran darah di bahagian tersebut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.