nuramanda24
4 tahun
Eczema- baby 4m++ old
hi, sy nak bertanya mengenai baby sy yg mnghidap eczema. since baby suka menggaru telinga, skrg ni telinga baby menjadi melecet serta berdarah. ia terjadi di cuping telinga baby. di bawah dan di atas cuping. boleh sy tau, adakah boleh jika sy apply kan isoradin @ ezenide @ krim ezerra? terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah yang anak anda hadapi berkemungkinan besar akibat ekzema yang sememangnya dihidapinya. Namun, luka tersebut tidak semestinya disebabkan oleh ekzema.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.