Sulit
3 tahun
Gastrik dan Kerap Sendawa
Saya wanita berumur 24 tahun dan saya mengalami gastrik sejak tahun lepas.
Selepas saya mengalami gastrik kerana lewat makan, saya mula untuk kerap bersendawa yang berlebih sehinggakan apabila saya minum air, saya akan mula bersendawa. Adakah ini normal sedangkan saya telah jaga masa makan saya.
Apakah yang perlu saya lakukan?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah selalu sendawa ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- Sesetengah makanan boleh menyebabkan sendawa (Kacang, bawang, bunga kobis dan lain-lain)
- Gastritis
Sendawa merupakan kondisi yang normal berlaku. Walaubagaimanapun, sekiranya anda sendawa berterusan dan secara berlebihan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih