Sulit
3 tahun
Gastrik, kembung perut dan pedih ulu hari
IBU SAYA MENGALAMI PEDIH ULU HARI DAN KEMBUNG PERUT YANG KERAP. APAKAH UBAT ATAU RAWATAN YANG BERSESUAIAN ?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ibu anda hadapi iaitu gastrik, kembung perut dan pedih ulu hati.
Masalah pedih ulu hati dan kembung perut biasanya boleh disebabkan oleh:
Angin pasang “hiatus”/ “hiatus hernia”
Hal ini berlaku apabila tempat pertemuan oesophagus dan perut seseorang berada di bahagian dada dan menyebabkan tempat pertemuan oesophagus dan perut itu menjadi lemah. Kesannya, asid perut boleh mengalir ke atas tempat pertemuan oesophagus dan perut yang akan mengakibatkan kesakitan.Berat badan berlebihan
Sindrom Zollinger-Ellison akibat pengeluaran asid perut berlebihan
Merokok
Hamil
Ubat yang menyebabkan pergerakan usus perlahan
Untuk keterangan lanjut tentang masalah yang ibu anda hadapi iaitu pedih ulu hati, sila klik pada link di sini
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ibu anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami bagi mengetahui rawatan yang sesuai atas saranan doktor.