Sulit
2 tahun
Gelisah sampai tangan bergetar getar
Saya wanita 20an, sejak akhir² ni saya gelisah sampai dada sakit. Bila malam perasaan gelisah tu sangat teruk. Kadang² tangan bergetar, berpeluh bila terlampau gelisah. Cepat berpeluh bila ditanya, dan cepat gelabah. Selalu menyendiri waktu malam, dan overthinking terlampau teruk sampai menangis. Kenapa sebab macam tu ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Masalah anxiety
- Panic attack
- Hypertiroid
- Hypoglycemia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.