
sitifadilah514
4 tahun
Gigi sakit bekas tampalan
Saya wanita berumur lingkungan 20 an . Saya sering mengalami sakit di bahagian gigi yang telah ditampal. Malah tampalan gigi juga mudah terkeluar dan menyebabkan gigi tersebut berlubang. Baru-baru ini separuh daripada tampalan tersebut dan menyebabkan saya menderita sakit gigu yang amat sangat. Setiap kali lepas makan mesti kawasan gigi tersebut akan rasa berdenyut-denyut. Boleh saya tahu sebab apa dan langkah hilangkan sakit itu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, sakit pada gigi anda mungkin disebabkan oleh masalah tampalan gigi yang tercabut serta gigi yang berlubang. Oleh itu, saya sarankan untuk anda rujuk kepada doktor gigi terdekat untuk rawatan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami tentang masalah kesihatan anda dengan lebih lanjut. Terima kasih.