Sulit
3 tahun
Haid tidak datang sehingga 4 bulan berturut-turut
Hi doktor, saya berumur 24 tahun dan telah berkahwin. saya mempunyai masalah haid tidak datang sehingga 4 bulan berturut-turut. ini haid pertama paling lama saya alami, sebelum ini paling lama pun hanya 1 bulan sekali. Sekadar untuk makluman doktor, selepas saya berkahwin haid saya jadi tidak menentu, berat badan saya jadi semakin meningkat dan selera makan semakin bertambah badan saya juga jadi cepat letih dan tidak bermaya. Adakala tanda2 pms itu ada tapi saya masih tidak tahu punca kenapa masih tidak datang haid. Adakah ini normal? dan apa yang patut saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid yang lewat.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, banyak kemungkinan boleh dikaitkan dengan haid yang tidak datang seperti:
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Melihat kepada situasi anda, saya amat menasihatkan anda untuk ke hospital atau klinik berdekatan bagi membuat pemeriksaan lanjut. Setiap penyebab tidak datang haid mempunyai pendekatan dan rawatan berbeza.
Anda masih risau tentang haid tidak banyak? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.