Sulit
4 tahun
Heavy flow period after miscarriage
i’m 35yrs old. Saya telah keguguran pada 16/8/19 dan selepas scan yang pertama doc sahkan complete miscarriage with dnc. hari ke 54 darah saya masih keluar dan berketul-ketul. Saya ke klinik sekali lagi and doc sahkan ada baki darah beku tertinggal. Lepas seminggu saya datang scan untuk check up and confirm dah kosong dan doc bagitau period akan datang next month which Nov. Now period saya datang on time pada 10 Nov dan sehingga hari ini (ke-9) period masih heavy flow and tiada tanda berkurangan. Sebelum ini period saya ok and tak pernah heavy flow lebih dari 7 hari. Adakah ini normal to those who had miscarriage?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, haid berlebihan yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.