Sulit
3 tahun
Hidung bengkak dan sakit seluruh tubuh dan harus menahan sakit yang amat sangat
saya wanita umur 54 dan saya ada masalah hidung dalam bengkak. Bila saya bau sesuatu nanti hidung saya akan jdi sakit, lagi ii bau seperti handsanitiser, spray nyamuk dan mcm ii lagi. saya rasa hidung saya bengkak kerana saya ade percaya petua org ii utk letakkan wap panas dlm hidung. Jadi saya rasa sbb itu dia jadi bengkak. Mula ii okay tapi dia melarat sampai 2 bulan, bila check doktor kata keradangan je tapi tak terok sangat. tapi saya skrg bukan rasa sakit di hidung je , saya sakit seluruh tubuh.kadang ii sakit dada, badan jdi lemah, pening kpala.dan saya rasa gelisah semacam. Saya byk kali pergi klinik dan hospital,mereka hanya bagi ubat sahaja. Jdi skrg saya pening nak makan ubat mne satu kerana bercampur. Dan saya ade satu masa ni tiba ii rasa sakit yang melampau dan saya pergi ke klinik, dan dr itu kata saya hampir diserang strok jadi saya kne pergi ke hospital yang berdekatan.tapi ble dah smpai hospital,dr dekat situ tak endah dgn saya, dan mereka cakap saya ade masalah kemurungan. Kalau saya ada masalah kemurungan je, knpa saya sntiasa rasa sakit. Ape punca saya rasa sakit seluruh badan , dan saya stiap masa menahan sakit. Tetapi dr itu hanya kata saya murung. Mohon dr dapat mmberikan keterangan kerana saya sudah mnderita sakit seluruh bdn tapi ble pergi hospital , mereka tidak mmbantu. Ada satu masa saya rasa terlalu sakit, dan saya buat keputusan utk dpt ke hospital kerana ingin mereka menahan saya, kerana saya tidak dpt menahan sakit. Tetapi pihak hospital hanya buat tidak endah dan suruh saya balik sahaja. Saya pun still tak tahu punca saya sakit sedangkan pihak hospital sudah katakan telah mmbuat imbasan tetapi kata tiada masalah. Dan hidung saya makin hari makin bengkak, mungkin kah saya ade penyakit hidung yang tidak boleh diimbas mnggunakkan pergimbas biasa? Saya harap dr dpt mmberikan penjelasan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh anda. Untuk pengetahuan anda, kenyataan dan gejala yang diberikan oleh anda terlalu rumit dan keadaan anda ini memerlukan pemeriksaan oleh doktor dan siasatan lanjut hendaklah dilakukan untuk mengetahui punca mengapa anda mengalami gejala sedemikian.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Disebabkan gejala tersebut mengganggu anda dan aktiviti harian anda, kami amat galakkan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar sakit tekak, telinga dan hidung (ENT) supaya siasatan lanjut dapat dibuat terhadap anda. Sukar untuk kami katakan mengapakah anda mengalami gejala atau keadaan sedemikian berdasarkan soalan yang diberikan sahaja.
Sekiranya anda ingin mendapatkan pendapat kedua atau membuat temu janji bersama dengan doktor kami, sila hubungi kami di (DoctorOnCall). Terima kasih.