Sulit
2 tahun
Hidung berdarah kerap
Saya wanita 20an dan kerap mngalami hidung berdarah lately nih . Mnggu nih shaja dah msok 3 kli brdarah . Dya akn jdi wktu saya kerja atau saya tidur. Ada kah itu ssuatu yg biasa ? Kerap keluar daripada hdung sebelah kiri .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai hidung berdarah dan kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, hidung berdarah boleh disebabkan oleh beberapa pekara seperti berikut :
- Sejuk dan alahan.
- Jangkitan pada salur hidung (sinus).
- Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat, memicit hidung, kecederaan pada bahagian dalam hidung, benda asing di dalam hidung.
- Dinding tengah hidung senget.
- Ketumbuhan di dalam hidung (contoh: polyps, tumor).
- Penyakit lain yang berkaitan (contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik, trombosaitopenia [bilangan platlet yang rendah] dan penyakit darah contoh hemophilia).
- Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
- Tindak balas bahan kimia.
Saya harap saya telah menjawab soalan anda. Jika anda memerlukan penjelasan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami atau doktor pakar ENT secara atas talian.
Terima Kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.