Sulit
3 tahun
HIV Atau Aids posistif
apakah tanda-tanda atau simptom -simptom sekiranya sesorang menghidapi Hiv?dan dimanakah ujian hiv boleh di buat?
3 tahun
Selamat sejahtera. Saya memahami persoalan yang anda sampaikan.
Untuk makluman pihak anda, pada peringkat awal jangkitan HIV pesakit mungkin tidak dapat memanifestasikan simptom atau sebarang gejala. Hal ini kerana, imuniti badan pesakit masih tinggi ketika fasa awal jangkitan. Hal ini tidak menjadikan keadaan selamat kerana pesakit mampu menyebarkan virus berkenaan walaupun ianya adalah pada peringkat awal.
Pada peringkat ini, pesakit mungkin mengalami gejala-gejala seperti demam, batuk, sakit otot, sakit tekak, sakit kepala, cirit-birit, keletihan, sakit sendi dan sebagainya.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Walaubagaimanapun, gejala-gejala ini tidak spesifik dan boleh dialami oleh semua individu tidak kira samada mereka dijangkiti HIV ataupun tidak. Waktu pesakit menunjukkan simptom bergantung pada individu. Namun, secara anggarannya, 1-2 bulan selepas pendedahan kepada virus.
Untuk pengetahuan anda, ujian darah merupakan satu prosedur yang digunakan dalam pelbagai jenis pemeriksaan bergantung kepada indikasi. Jika pemeriksaan darah anda tidak merangkumi HIV maka ia tidak akan dapat untuk menilai status jangkitan.
Bagi mengesahkan jangkitan HIV, beberapa jenis ujian darah boleh digunakan seperti:
- Ujian asid nukleik boleh mengesan jangkitan HIV 10-33 hari selepas pendedahan.
- Ujian kombinasi antigen/antibodi bagi darah yang diambil dari vena boleh mengesan jangkitan HIV 18-45 hari selepas pendedahan. Ujian menggunakan darah dari jari telunjuk mengambil masa yang lebih lama untuk mengesan HIV (18-90 hari selepas pendedahan).
- Ujian antibodi biasanya mengambil masa 23-90 hari untuk mengesan jangkitan HIV. Kebanyakan ujian cepat dan ujian rumah yang boleh dibeli adalah jenis ujian antibodi.
Anda boleh mengunjungi klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta untuk diuji. Untuk mencegah HIV, praktiskan hubungan seks yang selamat menggunakan kondom dengan betul dan pertimbangkan pengambilan ubat untuk mencegah HIV jika anda menghadapi risiko tinggi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah