Sulit
4 tahun
Hubungan itim semasa hari kedua haid
Saya lelaki 25an. Saya melakukan hubungan intim bersama isteri saya. Semasa itu dia dua hari datang haid. Adakah kemungkinan dia akan hamil walaupun saya tidak melepaskan sperma di dalamnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan wanita dan kesihatan sperma.
Hal ini bermaksud, walaupun anda melepaskan ejakulasi (pancut) di luar, sekiranya anda tidak memakai kondom, sperma tetap hadir dalam air mani dalam bilangan yang sedikit. Sementara itu, walaupun isteri anda sedang haid, masih terdapat kebarangkalian kecil untuk hamil sekiranya terdapat ovum yang dilepaskan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.