Sulit
2 tahun
Injection depo Dan postinor 2
Assalamaualaikum, Dr OC… saya baru selepas bersalin 3 Bulan lepas dan telah menggunakan perancang suntikan depo baru sekali suntikan. Soalan saya sekiranya bersama suami lalu suami buang Dalam perlukan saya mengambil pil postinor walaupun telah mengambil suntikan depo?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, setelah anda terima suntikan Depo, ia akan memberi kesan perancang sepanjang 3 bulan, anda tidak perlu ambil pil postinor lagi. Untuk memanjangkan atau meneruskan kesan perancang Depo, anda perlu kembali ke hospital atau klinik kesihatan, terima suntikan Depo setiap 3 bulan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.