Sulit
3 tahun
Insomnia sehingga tidak dapat tidur langsung
Ibu saya berumur 45, dia ada darah tinggi. Dia senang berasa cemas terhadap sesuatu dan su
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah insomnia ini boleh diatasi dengan mengamalkan “Sleep hygiene”. Ianya adalah cara atau teknik untuk mendapatkan kualiti dan tidur yang secukupnya. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:
Tidur pada masa yang sama pada setiap hari
Bangun tidur pada masa yang sama pada setiap hari
Elakkan tidur pada waktu siang terutamanya pada waktu petang
Tutup lampu dan pintu yang boleh menyebabkan bilik tidur menjadi terang
Tidur dengan kadar yang cukup, contohnya tidur 8 jam pada setiap hari
Gunakan katil hanya untuk tidur elakkan buat aktiviti lain di atas katil seperti belajar, membaca dan sebagainya
Elakkan minum minuman berkaffein seperti kopi, air berkarbonat, teh dan sebagainya terutamanya selepas waktu petang
Elakkan dari minum minuman beralkohol
Berhenti merokok atau elakkan merokok sebelum waktu tidur
Elakkan daripada memandang skrin komputer, televisyen atau telefon bimbit sebelum tidur kerana ia boleh merangsang melotonin
Bersenam selalu sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari 5 kali seminggu
Elakkan daripada memaksa diri untuk tidur atau segera tidur jika masih tidak mengantuk
Dengan mengamalkan “sleep hygiene”, kualiti dan durasi tidur dapat ditingkatkan dan pesakit dapat merasakan kesan positifnya.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, punca masalah yang dihadapi haruslah diketahui dengan tepat. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.