Sulit
3 tahun
Kahak kering sehingga jadi penat
Saya wanita berumur 31. Saya mengalami kahak kering sudah bertahun. But lately saya jadi penat.kadang2 ok, kadang2 rasa penat, bernafas tidak puas. Saya ada pergi klinik kesihatan dan buat x-ray. X-ray menunjukkan tiada kuman, cuma x-ray menunjukkan macam orang yg ada asthma. Doc bagi ubat angin pada saya. Di makan bila perlu.doc cakap mungkin gas dari perut, saya pernah kena gastric pada tahun 2015. Sekarang dah ok. kadang2 saya rasa nak loya.Apa patut saya buat apabila penat terjadi? dan cara nak hilangkan kahak kering saya. Kahak kering kadang2 gatal2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit Tibi
- masalah parut pada paru-paru (interstitial lung disease)
- kesan sampingan ubat -ubatan seperti ubat darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih