Sulit

3 tahun

Kahak putih berbuih di tekak berterusan (Seolah2 tersekat sepanjang masa)


Saya lelaki bujang berumur 25 tahun (bukan perokok). 3 bulan lepas, saya menghadapi gejala sakit tekak (tekak berwarna merah sehinggakan telan air liur pon sakit). Saya diberikan ubat batuk dan antibiotik tetapi selepas lebih kurang 2 minggu, gejala sakit tekak tersebut datang semula dan sembuh semula. Sejak daripada hari itu, saya kerap membuang kahak dari tekak yg kadang2 berwarna dan kadang2 tidak.

Sekarang, tekak saya tidak lagi merah tapi kahak tetap masih banyak dihasilkan. Cuma kahak tersebut berwarna putih dan berbuih. Kahak tersebut seolah2 berada di bahagian tengkuk/leher saya setiap masa. Saya berasa tidak selesa. Saya kerap minum air suam namun masih tiada hasil. Apa yang terbaik yg boleh dilakukan? Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi membuat kesimpulan. Saya kurang jelas dengan gejala yang dialami oleh anda.

Akan tetapi masalah kahak boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:

  • Masalah alergik yang serius
  • Post nasal drip
  • Jangkitan kuman bakteria mahupun virus pada saluran pernafasan

Antara rawatan bagi menghilangkan kahak adalah:

  • Minum air suam dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak
  • Kayu manis yang dicampuri sedikit madu dan dibancuh bersama air boleh membantu menghilangkan lendiran pada tekak ini- petua ini haruslah diamalkan tiap-tiap hari pada waktu pagi serta waktu malam sebelum tidur dan bukan sekadar sehari sahaja. Apabila menjadi amalan setiap hari, barulah kahak yang tersekat di tekak tersebut dapat dicairkan dan dikeluarkan dengan lebih mudah.
  • Sekiranya masalah kahak ini wujud disebabkan oleh sebarang alergi, maka untuk merawatnya kita harus mencari punca berlakunya alergi tersebut dan memastikan kita tidak lagi terdedah kepada punca tersebut.
  • Ubat-ubatan- anti histamine’ atau ‘steroids’. Namun anda harus mendapatkan nasihat dan preskripsi dari dontor untuk mendapatkan ubat ini.

Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi kerana maklumat yang diberikan adalah terhad. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan itu, rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

cough-sorethroat

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)