Sulit
3 tahun
Kahak tapi tidak selsema
Assalamualaikum, anak saya umur 1 tahun 1 bulan. Dia tak selsema tapi bila dy bernafas macam ada kahak… Kadang2 malam bila dia tidur boleh rasa mcm dy susah nak telan air liur sebb kahak… Bila nak dekat subuh dy akan batuk. Kadang tu dia sampai muntah sebb batuk Saya dah refer doc… Dia cakap kalau tak demam means x ada apa. Saya harap doc dapat membantu.
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Asma
- Bronchiolitis
- Viral Croup
- Pneumonia
- Tonsilitis
- Pharyngitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.