Sulit
4 tahun
Kebas hujung jari dan berdebar.. Susah nk benafas
Sy berumur 37…beberapa hari ni sy slalu brasa kebas2 hujung jari n xboleh dduk kaki berlipat pasti lengoh n kebas… Skrg ni slalu plk berdebar nk laku solat pn mcm x cukup nafas…adekah tu kesan2 nk sakit jantung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kerusakan saraf oleh penyakit kronik seperti diabetes, hipotiroid, kidney failure, dan kekurangan vitamin
- Trauma fizikal akibat kemalangan dan kecederaan
- Pengambilan alkohol
- Terdedah kepada toxin seperti bahan kimia, racun serangga, dan lain-lain
- Jangkitan virus seperti varicella zoster, herpes
- Penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis dan Lupus
- Efek ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.