Sulit
3 tahun
Kegatalan dan mempunyai cecair lendiran serupa telur putih
Saya wanita berusia 30-an mengalami kegatalan dan mempunyai cecair lendiran serupa telur putih pada area kemaluan saya. Bagaimana nak menghilangkan kegatalan dan cecair tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar diketahui, barulah rawatan boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.