Sulit
3 tahun
Kegatalan miss v dan berbiji-biji
Hai saya 18 tahun.keputihan saya keluar dgn banyak dan menyebabkan kegatalan pada celah peha berhampiran miss v hingga ke celah punggung .ini menyadi pedih dan kemerahan.selain itu miss v saya kelihatan kering,kehitaman ,dan juga berbintik bila saya picit keluar seperti nasi atau something keluar dan menyebabkan pedih .
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan dalam hal ini. Untuk pengetahuan lendir yang keluar daripada faraj boleh keluar dalam pelbagai warna. Antara warna-warna yang anda boleh lihat ialah:
- putih: lendir yang keputihan adalah normal. Namun jika terdapat simptom gatal dan kepedihan sewaktu kencing, anda mungkin dijangkiti dengan jangkitan yis.
- kuning: lendir kekuningan boleh disebabkan jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
- coklat: lendir yang berwarna coklat boleh disebabkan haid yang tidak teratur
- hijau: lendir yang berwarna hijau boleh berpunca dari jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Melalui keterangan anda, kemungkinan anda menghidapi jangkitan yis. Jika anda mempunyai jangkitan yis pada faraj boleh dikenal pasti dengan simptom-simptom seperti:
- kegatalan
- kepedihan ketika kencing
- keradangan pada faraj dan vulva
- kesakitan pada faraj
- ruam pada faraj
- lendir putih yang banyak, pekat, tidak berbau dan kelihatan seperti keju kotej (cottage cheese)
- lendir yang cair seperti air
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih.