Sulit
3 tahun
Kegatalan sekitar faraj
saya ada masalah kegatalan di sekitar faraj, saya sudah berkahwin dan tidak mempunyai masalah keputihan abnormal. keputihan saya biasa saja. adakah penyebab kegatalan berpunca dari sabun pencuci wanita? saya difahamkan faraj mempunyai sel bakteria yang melindungi rahim, takperlu pakai sabun pencuci wanita terlalu kerap. so bagi jawapan ya doc. tq!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, kegatalan dan keputihan pada faraj boleh berpunca daripada pelbagai sebab, seperti:
- Penjagaan kawasan faraj yang kurang bersih
- Menggunakan sabun pencuci wanita dengan kerap; sabun cucian tersebut boleh mengganggu pH faraj
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan kulit pada bahagian faraj dan sekitar sama ada berpunca daripada bakteria, virus atau parasit
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya diketahui dan rawatan dapat diberikan.
Berikut merupakan langkah yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah tersebut:
- Menjaga kebersihan faraj dan kawasan sekitarnya
- Membasuh menggunakan air sahaja dan kurangkan penggunaan sabun pencuci wanita
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pakar kami. Terima kasih.