Sulit
2 tahun
Keguguran dan ultrasound
Saya wanita 20-an. Baru sahaja keguguran. Saya nak tanya, kalau saya buat ultrasound di klinik bagi mengesahkan tiada lagi yg tersisa didalam rahim saya. Adakah mereka akan meminta apa2 dokumen seperti sijil nikah atau buku pink ke apa2? Kerana saya masih belum berkahwin, tapi saya risau jika masih ada yg tersisa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai keguguran anda. Kami akan cuba membantu.
Kebiasaanya, doktor akan meminta buku pink yang diberikan semasa pengesahan kehamilan pada awal kehamilan supaya doktor dapat melihat sejarah kehamilan anda. Namun, anda tidak perlu risau sekiranya anda tiada buku pink tersebut. Anda masih boleh mendapatkan ultrasoud dan siasatan lain sekiranya perlu selepas merujuk kepada doktor.
Kami amat menyarankan agar anda merujuk kepada doktor secepat mungkin untuk mengelakkan kesan sampingan yang boleh dialami sekiranya terdapat sisa kandungan dalam rahim.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan peribadi dan sulit.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar ibu dan anak (obstetrician).