Sulit
3 tahun
Keguguran raambut di usia muda
Hi doc? Saya nak tanya rambut saya gugur dengan banyak setiap hari dan semakin menipis. Saya waniita, 21 tahun. Banyak produk yg telah saya gunakan dan pengambilan vitamin tapi semuanya tidak berkesan. Keguguran rambut saya bermula di depan kanan dan belakang juga. Selalunya gugur lebih teruk di waktu pagi ketika menyikat rambut. Boleh saya tahu saya boleh berjumpa doktor di klinik kerajaan atau hanya dermatologist yg blh saya berjumpa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keguguran rambut yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah keguguran rambut pula, ianya boleh berpunca daripada:
- tekanan fizikal
- kekurangan protein
- keturunan
- PCOS -polycystic ovary syndrome
- tekanan emosi
- anemia
- overstyling rambut
Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda mempunyai pilihan samada untuk berjumpa dengan doktor umum dahulu sebelum dirujuk kepada pakar jika perlu atau langsung berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih