Sulit
2 tahun
Kehamilan,tapi masalah darah putih
Pagi tadi i check positif,tapi still darah putih keluar doctor kenapa dan apa saya kena buat
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, anda ingin mengetahui tentang darah putih (atau keputihan) yang keluar seiring dengan ujian kehamilan yang positif. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya keputihan yang cair, berwarna putih dan tidak berbau boleh menandakan suatu cairan yang dinamakan leukorrhea.
Namun begitu, keputihan yang berwarna kuning, hijau atau kelabu, yang pekat, disertai rasa gatal dan sakit pada kawasan kelamin boleh menandakan gangguan yang serius dan memerlukan rawtan segera seperti seperti
- jangkitan pada organ reproduksi
- jangkitan saluran kencing
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.