Anonymous
4 tahun
Kelamin mengeluarkan nanah
hello… saya menghidapi masalah pada kemaluan saya yang mengeluarkan cecari kekuningan seakan nanah… tidak berasa sakit atau pedih… dan bila membuang air kecil… merasa sakit tapi tidak terasa sakit sangat… apakah ubat yg sesuai utk masalah saya… dan di manakah saya boleh dapat kan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, gejala keluarnya nanah daripada kemaluan serta kencing pedih boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.