Sulit
2 tahun
Keliru ujian kehamilan
doktor…
Untuk pengetahuan anda, walaupun anda mengalami keguguran namun hormon di dalam badan anda masih seperti seorang yang hamil. Oleh sebab itu apabila ujian kehamilan dilakukan, besar kemungkinan ia akan menunjukkan keputusan yang positif.
sy ingin tahu, adakah jawapan drpd doktor tersebut menunjukkan yg sy benar² mengandung walaupan br seminggu sy keguguran?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kekeliruan yang anda alami. Untuk makluman anda, ujian kehamilan akan mengesan hormon hCG untuk mengesan kehamilan. Namun jika seseorang itu mengalami keguguran dan melakukan ujian kehamilan tidak lama selepas itu, keputusan ujian akan tetap menunjukkan keputusan positif kerana hormon hCG masih berada di dalam badan anda.
Harap penjelasan ini dapat merungkai kekeliruan dan menjawab persoalan anda.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.