Sulit
2 tahun
Keluar darah sewaktu bersama
Hi doktor.
Saya wanita berusia 27 tahun sudah berkahwin. Period saya tidak teratur selepa berkahwin dan selalu orang beritahu masalah hormon. Jadi sukar untuk saya tahu bila waktu subur.
First day period : 5/9/21
Last day period : 10/9/21
Saya dapati darah period saya sudah kering, tapi pada 12/9/21 jam 10 mlm saya bersama suami, selepas bersama saya dapati ada sedikit darah keluar. Adakah itu lebihan period?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih