Sulit
2 tahun
Keluar darah titis selama 18 hari
Umur saya 22 tahun…dan sudah berkahwin…pada awal bulan 4 2021…saye sepatutnye datang period pada tarikh 26/4 tetapi bulan 4…saye tak ade keluar darah period…pada awal bulan 5…pada tarikh 4/5…keluar darah coklat merah…titis…selama 18 hari…adakah ini merbahaya…saya sudah pegi ke hospital dan klinik swasta…tapi jawapan dokter kata tidak merbahaya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Secara umum, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.