Sulit
2 tahun
Kematu keras dan membesar di tapak kaki
Sakit yang teramat jika ia menebal dan sakit bila berjalan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat pada bahagian tapak kaki
- Kencing manis
- Kerap bersukan
- Berat badan berlebihan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh punca yang tidak kami sebutkan di atas.Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga boleh membaca dengan lanjut berkenaan kematu di sini.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.