Sulit
3 tahun
Kencing keluar darah period Saya sepatutnya sarang 30/3/2020.. Tapi belum datang lagi. Saya harap doctor boleh beri sikit penerangan
Saya wanita berumur 25 tahu sudah Berkahwin. Soalan Sya doctor … adakah ka Sya pregnant atau Tak ya? Sebab period Sya sepatutnya dtg 30/3/2020 Tapi sudah lewat 9 hari. Tapi hari ke 9 Saya kencing hanya keluar darah .sedikit sahaja . I hope doctor Boleh bagi penerangan.saya Takut Sya ada penyakit lain.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Pendarahan yang sedikit mungkin haid atau masalah kencing berdarah yang boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- jangkitan saluran kencing
- batu karang
- jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.