Sulit
3 tahun
Kencing tak lawas and perut cramp
Sy wanita dan berkahwin berumur 29. Sy mengalami kencing tidak lawas 2/3 hari ni. Dan terasa hendak ddk toilet. Perut terasa cramp. Period sy tak regular.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Stress
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman atau STI ( Sexually Transmitted Infections )
- Penggunaan pil perancang
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Masalah tiroid
- Masalah ovari atau sista ovari
- Ovulation spotting
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda perlu berjaga jaga jika berasa keletihan kerana banyak darah yang keluar atau berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami.
Pendarahan selepas bersama boleh disebabkan:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk makluman pihak anda, saluran kencing wanita mudah terkena jangkitan kuman kerana struktur anatominya. Bahagian yang dinamakan ‘urethra’ menyalurkan kencing dari pundi ke luar badan wanita. Struktur ini pendek dalam wanita dan lebih panjang dalam lelaki. Oleh itu, jangkitan kuman senang berlaku dan akhirnya menyebabkan masalah kencing tidak lawas.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.