Sulit
4 tahun
Kencing tak lawas sudah 4 hari
Sy wanita dlm 30-an. Situasi kerja sy dlm production plant menyebabkan sy selalu tahan utk ke tandas. Kadang sampai berjam jam. Tpi sejak 4 hari yg lepas sy mengalami simptom kencing tak lawas. Apakah ubat yg sesuai
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI)
- Jangkitan kelamin
- Masalah saraf pada pundi kencing (neurogenic bladder)
- Masalah batu karang dalam saluran kencing
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.