masnida_radhuan
4 tahun
Kepala bayi 2 bln setengah
Bayi Sy awal kelahiran sering tidur mengiring belah kanan…skrg kepala belah kanan spt tggi sedikit Dr bahagian Kiri…adakah akan kekal keadaan kepala bayi Sy yg tidak sekata
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, hal ini berkemungkinan boleh terjadi kerana struktur tengkorak bayi masih lembut. Sebaiknya anda cuba untuk gantikan posisi tidur bayi anda setiap beberapa jam kemudian perhatikan perubahan yang terjadi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.