Sulit
3 tahun
Kepala bengkak dan rasa berat
Hi. Saya ingin bertanya. Kenapa selepas rambut ditarik sekuat hati, kepala akan terasa berat dan bahagian kulit kepala yang rambut ditarik tu menjadi bengkak?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan kelegaan rambut buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Umumnya gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- kesan trauma akibat penarikan rambut
- tanda-tanda jangkitankuman pada akar rambut
- mahupun gangguan sakit kepala
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Diharapkan juga anda menjauhi tabiat menarik rambut, dan cuba mendapatkan bantuan profesional sekiranya tabiat tersebut sukar dihilangkan.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi rambut dan kepala anda!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.