Sulit
2 tahun
Keputihan berwarna hitam
Saya remaja berumur 22 tahun, harini kali pertama mengalami keputihan berwarna hitam. Kenapa ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami keputihan berwarna hitam, seperti:
- Darah beku; pendarahan spotting boleh mempunyai warna merah pekat sehingga coklat-kehitaman
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Kecederaan pada dinding faraj
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Punca masalah anda perlu diketahui dan keadaan anda memerlukan perhatian anda dan doktor.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.